selamat datang

Selasa, 4 Oktober 2011

Kenapa orang muda sekarang tak suka makan sayur


Abang Hau pernah tanya sekumpulan Murid2,member2,orang tua yang datang makan di kedai mamak,Kopitiam,Cafe,Kedai Heri Pokya dan Kedai Spensel kenapa mereka tidak suka makan sayur. setiap kali order makanan, dia orang mesti jerit :"Tokey..mi hailam tak nak sayur yer atau nasi goreng kampung tak nak sayur."


Mula2 dulu Abang Hau marah gak dgn puak2 ni.siap bagi taklimat lg  akan pentingnya sayur dalam diet mereka. semua mencebik. sayur pahit, tak sedap, kata mereka.Kalu mengajar pun berbuih jgk dgn budak2 ni sbb sokmo dok bgtau kelebihan makan sayur ni. dalam subjek Pendidikan Kesihatan.

  Abang Hau pulak pelik. kalau tak der sayur, saya memang tak selera makan. tapi sejak kahwin dengan wife,Abang hau dah  tak berapa minat sayur, minat kami juga semakin berkurangan. rupa2nya kalau kita seringkali didedahkan kepada sesuatu makanan, secara tidak sengaja minat kita akan secara otomatik pergi ke arah situ.

Sejak kecik Abang Hau memang minat makan sayur. arwah mak pulak kalau masak, sayur menjadi satu menu kemestian. kerana itulah, Abang hau paling suka sawi,kangkung dan lobak.Kalu buat sup sayur,PERGHHHHHH...4 kali bertambah.

  Abang hau pun bacalah satu artikel dalam internet mengapa kanak2 tidak suka makan sayur. rupa2nya ini isu global bukan isu malaysia sahaja. menurut artikel itu, ada dua jenis 'genes' iaitu yang pahit dengan yang manis dalam deria rasa kita. kalau nasib tak baik, kedua2 genes itu genes pahit. jadi apabila kanak2 tadi merasa makanan pahit, terus hilang selera untuk menjamahnya. macam tu ker?

brokoli dikatakan boleh bunuh kuman yang menyebabkan kanser
sayur pahit ker? setahu Abang hau hanya peria dan sebahagian sayur menjalar  yang pahit. yang lain taklah pahit seperti carrot, timun, bayam atau lobak putih.

menurut artikel itu lagi, kalau kita biasakan anak makan sayur2 yang tidak pahit, lama kelamaan genes pahit mereka akan beransur2 hilang. dan minat mereka akan berubah apabila dihidangkan dengan sayur2 yang selama ini tidak disukai mereka. Abang hau setuju dengan pendapat lecture Abang hau yang ramai ibu2 tidak tahu cara mempelbagaikan cara memasak sayur. janganlah kata kjee ni pandai2 saja membuat andaian. kalau saban hari anak kita disogokkan dengan makanan yang sama misalnya, ayam goreng biasa yang bubuh kunyit dengan garam sahaja, satu hari nanti mereka turut bosan. kemudian apabila korang goreng ayam bersalut tepung macam KFC, pasti mereka seronok.

begitulah jugak yang boleh dilakukan dengan sayur2an. bayam adalah antara sayur yang cukup tinggi khasiatnya. kalau tidak pasti ia tidak akan membuat popeye the sailor, kuat setelah menelan satu tin spinach. spinach adalah bayam. anak2 kita pasti pernah menonton kartun popeye. mereka mesti kagum dengan popeye yang tiba2 menjadi kuat setelah memakan spinach.
sawi putih sedap masak lemak putih

jadi, disinilah ibu2 boleh memainkan peranan mereka.Abang hau buat seperti itu kepada nadia ketika dia masih kecil iaitu dalam lingkungan 3 tahun. wah bukan main happy dia. selepas makan sayur bayam yang Abang hau masak air atau masak bening kata orang jawa, terus dia capai penyapu dan sapu rumah. dia kata dia sekarang dah kuat sebab makan spinach.

sayur2an hijau atau leafy vegetables sebenarnya mengandungi banyak khasiat. sebab itulah doktor menasihati ibu2 mengandung supaya banyak makan sayur hijau. tetapi kalau hendak melayan kerenah anak2 yang tidak begitu gemar sayur hijau, campur2kanlah dengan sayur2an lain yang ada warna.

Ada banyak cara sebenarnya untuk masak sayur. kita harus kreatif. anak2 kekadang kena juga pandai kita 'tipu'. kalau dia suka makan daging maka kita masak lauk daging masak kicap bubuh brokoli atau cauliflower. kemudian buatlah sayur campur bubuh carrot, kacang buncis ataupun jagung. kanak2 suka makanan yang berwarna warni.

pokoknya, kitalah yang memainkan peranan semaikan minat mereka hendak makan sayur. kalau kita ada penyakit M je memanjang, janganlah salahkan anak2 apabila mereka tidak minat makan sayur. dan kerana kita yang malas, anak2 tak suka makan sayur dan ini akan seterusnya menjangkit. anak2 mereka kelak juga tidak suka makan sayur. selalunya, tabiat pemakanan anak2 bermula dari ibu2 sendiri.

Amalkan dari sekarang. berilah anak2 anda makanan yang sihat dan segar. janganlah terlalu dedahkan mereka kepada makanan segera seperti sosej, burger ataupun nugget. cara  pemakanan yang sihat sekarang akan menjadikan mereka insan yang sihat di masa akan datang.

Ini bukan promo.Abang hau tidak diupah oleh pekebun sayur kat cameron highlands tau untuk tulis entry ini! cuma timbul kesedaran apabila melihat cara pemakanan anak2 sekarang

1 ulasan:

tengku hau berkata...

kawan abg hau ni memang x suka makan sayur...tapi kalu Bad,sekali dengan batang sawi dia makan....lapar kata nye

Search