selamat datang

Selasa, 27 September 2011

Vitamin dan Garam galian

VITAMIN DAN GARAM GALIAN 
Setiap orang memerlukan makanan yang berzat dan seimbang untuk memelihara kesihatan fizikal dan mentalnya . Protein diperlukan untuk membina tubuh dan ini diperolehi daripada bahn -bahan makanan seperti daging , ikan telur , dan susu . Karbohidrat dan lemak membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti -aktiviti harian . Karbohidrat diperoleh daripada bijirin seperti beras gandum . Lemak pula diperoleh daripada minyak kacang , mentega dan majerin . Selain bahan -bahan ini , ahli sains telah lama mengetahui tentang kumpulan bahan makanan yang dinamakan 'vitamin ' yang diperlukan untuk kesihatan .
Jenis -jenis vitamin yang terdapat iailah vitamin A,B,C,D,E,K, asid folik , asid pentotenik , biotin , kolina dan niasin . Setiap jenis vitamin ini mempunyai fungsi yang tertentu dalam metabolisme tubuh badan manusia . Selain itu , ahli sains juga mengenal pasti garam -garam galian  (mineral salts ) dan unsur unsur surih ( trace elements ) seperti kalsium , magnesium , Fosforus , iodin ,zink,besi , kuprum , mangan , sodium , potasium , dan klorida yang juga diperlukan dalam kuantiti yang tertentu untuk kesihatan tubuh manusia .

Kesan -kesan kekurangan vitamin dan garam galian  

Kekurangan vitamin dan garam galian boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit atau sering berasa tidak sihat . Umpamanya , kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi kurang baik dan kerap berdarah . Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam sementara kekuranagan  vitamin D pula boleh menyebabkan penyakit lembut tulang  ( rickets) . Kekurangan vitamin K pada peringkat awal kelahiran bayi boleh menyebabkan seseorang itu pucat dan tidak bermaya (anaemia ) . Bayi dan kanak -kanak yang sentiasa pucat tidak akan membesar dengan optimum .
 Kanak -kanak sekolah yang pucat sering mengantuk dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya . Kekurangan zink boleh menyebabkan penyakit kulit sementara kekuranagn iodin boleh menyebabkan kelenjar tirod ( thriod gland ) di bahagian leher membesar ( goitr ) . Kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan sawan . Kekurangan mangan pula boleh mengganggu metabolisme sistem tubuh manusia dan mengakibatkan rencat akal . Ringkasnya , bahan -bahan garam galian ini amatlah penting untuk kesihatan manusia walaupun hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja .
Sebaliknya , kajian doktor menunjukkan bahawa kandungan garam galian yang berlebihan dalam tubuh manusia pula boleh mendatangkan mudarat . Umpamanya , kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh adalah membahayakan . Plumbum boleh menganggu fungsi otak manusia . Kanak -kanak yang terlibat boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia dua tahun yang menjadi mangsa pencemaran bahan raksa ( mercury ) dalam rumah yang telah didiaminya selama enam bulan . Sebiji botol yang mengandungi bahan logam itu telah jatuh dan pecah di atas lantai biliknya . Semakin hari , kanak -kanak tersebut menjadi lemah hingga tidak terdaya berjalan . Perkembangan kognitif dan sosialnya juga turut terjejas .
Garam galian memang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menjamin kesihatan . Setiap kali menilai seseorang bayi atau kanak -kanak , doktor perlu sentiasa memikirkan kemungkinan kandungan garam galian dan vitamin berkurangan atau berlebihan dalam tubuh si pesakit . 

Perlukah vitamin tambahan diberikan ? 
Kebanyakan kanak -kanak tidak memerlukan vitamin tambahan jika dapat dipastikan bahawa dia mendapat kesemua bahan -bahan zat ini secukupnya . Walau bagaimanpun , ada juga kanak -kanak yang memerlukan vitamin tambahan kerana menghidap penyakit hepar ( liver ) , penyakit buah pinggang dan alahan . Vtamin tambahan juga diperlukan oleh kanak -kanak yang memakan ubat tahan sawan ( anticonvulsants ) . apabila doktor mengesyorkan pengubahsuaian diet bagi kanak -kanak yang mengalami alahan makanan , masalah kekurangan bahan -bahan vitamin atau garam galian tertentu mungkin timbul . Oleh itu , doktor mungkin menyarankan pengambilan vitamin tambahan . Ada sejenis sawan yang disebabkan oleh kekuranagn vitamin B6 (pyridoxine deficiency ) yang boleh diatasi dengan pengambilan vitamin tersebut .


Bolehkah vitamin berlebihan mendatangkan mudarat ? 
Kekurangan vitamin dan garam galian tertentu boleh mengancam kesihatan seseorang individu . Sebaliknya pula , Jika bahan -bahan vitamin diambil berlebih -lebihan , keadaan yang tidak diingini juga boleh berlaku . Vitamin A, D dan E boleh mendatangkan mudarat jika digunakan tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan . Pengambilan vitamin D secara berlebih -lebihan boleh menyebabkan penyakit batu karang . Terlalu banyak mengambil vitamin A boleh menyebabkan sakit kepala .
Ada juga beberapa laporan yang menyebut bahawa pengambilan banyak vitamin boleh membawa manfaat kapada kanak -kanak yang terencat akal , yang mengalami masalah pembelajaran dan kanak -kanak autistik . Bekalan vitamin secara berlebih -lebihan nin dinamakan megavitamin . Umpamanya , ada yang memberi vitamin dengan banyaknya kapada anak -anak yang megalami sindrom down dengan harapan perkembangan fizikal dan mentalnya meningkat .
 Ini masih merupakan satu kontroversi . Penyelidik -penyelidikan tentang penggunaan megavitamin bagi kank -kanak yang mengalami sindrom down menimbulkan pelbagai pendapat yang berlainan . Dalam satu kajian yang dijalankan di united kingdom , megavitamin didapati tidak memberikan manfaat seperti yang diharap -harapkan . Sebaliknya , kesan sampingan seperti kanak -kanak menjadi terlalu aktif , tidak boleh tidur , sakit perut dan muntah -muntah telah dilaporkan . Berlainan pula halnya dengan hasil penyelidikan yang dikemukakan oleh satu kumpulan penyelidikan di Amerika Syarikat . Kumpulan ini mendapati penghidap sindrom down menunjukan perkembangan mentalnya yang menggalakkan apabila dirawat dengan megavitamin . Oleh itu , isu masih merupakan satu kontroversi .


 Bolehkah makanan segera ( fast foods ) mendatangkan mudarat ?  
 Rangkaian -rangkaian kedai yang mengusahakan perniagaan makanan segera atau fast foods telah tumbuh ibarat cendawan di merata -rata tempat di negara kita . Ramai kanak -kanak yang menggemari makanan ini.  Kajian -kajian yang dijalankan ke atas makanan -makanan seperti burger , umpamanya , menunjukkan kandungan garam yang berlebihan serta kekurangan vitamin A dan kalsium .
Penjual burger menghidangkan salad dan sayur -sayuran lain serta milk shake untuk deit yang lebih seimbang . Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa kanak -kanak yang sering sangat makan makanan segera akan mempamerkan tanda -tanda kekurangan zat -zat vitamin dan garam galian . Kanak -kanak yang terdedah kepada risiko ini terdiri daripada mereka yang sering tidak makan di rumah dan kerap dibekalkan dengan wang oleh ibu bapa untuk membeli makanan di kedai kedai tetapi kurang pengetahuan tentang konsep makanan seimbang .
Ibu bapa perlulah mengasuh anak -anak dari kecil lagi untuk memahami konsep makanan seimbang serta kelas -kelas makanan yang mengandungi vitamin -vitamin dan garam galian tertentu supaya mereka dapat memilih makanan dengan bijak . Ibu bapa sendiri perlulah menunjukkcontoh yang baik kerana anak -anak mudah terpengaruh dan mudah terikut -ikut dengan tabii makanan yang ditunjukkan oleh mereka sendiri .


Kesimpulan  
Berhati -hati jika memberi anak megavitamin kerana ia boleh mendatangkan mudarat jika diambil tanpa mendapatkan nasihat doktor . Pelbagaikanlah diet anak anda sambil memastikan kandungan protein , karbohidrat , lemak , vitamin dan garam galian mencukupi dan tidak berlebihan . Dengan ini , diet anak anda akan lebih seimbang dan kesihatannya terjamin

1 ulasan:

Bart berkata...

Adakah anda mengamalkan apa yang anda cuba terangkan di sini?

Search