selamat datang

Rabu, 28 September 2011

sukan lasak memupuk semangat positif

Bahaya, ngeri, kasar, ganas. Konotosi atau persepsi buruk yang dikaitkan dengan sukan lasak atau sukan ekstrem ini kini dianggap lapuk dengan popularitinya yang semangkin meningkat terutama sekali di kalangan generasi muda. Sukan lasak merangkumi kegiatan yang mencabar dan berisiko seperti selam skuba dan papan luncur.

Menurut satu tinjauan kendalian Majlis Sukan Singapura (SSC) pada 2005, sekitar 30,000 warga Singapura menyertai pelbagai jenis sukan lasak yang popular. Pelbagai langkah diorak pemerintah untuk memenuhi masyarakat peminat sukan lasak yang semakin berkembang. Penggiat sepatu roda dan penunggang BMX diberi kemudahan untuk mendalami minat mereka dengan pembangunan Xtreme SkatePark@East Coast yang menyediakan taman lungsur dan luncur yang bertaraf antarabangsa.  Selain itu, pemerintah juga telah menganjur aneka pertandingan tahunan seperti Kejuaraan Xtreme Singapura. Kejayaan sekumpulan pendaki wanita Singapura menakluki gunung Everest dua tahun lalu menyangkal persepsi bahawa sukan lasak milik mutlak lelaki. 

Mengapakah sukan yang bukan bersifat konvensional ini semakin mendapat sambutan hangat dari masyarakat? Tekanan kehidupan mungkin telah mendorong ramai untuk mencari alternatif untuk meleraikan kekusutan emosi atau tekanan. Atau mungkin kerana sukan ekstrem menawarkan keghairahan penuh adrenalin, keseronokan yang berbaur elemen cemas, dan faktor debar dan ngeri. Mungkin juga kerana keinginan untuk menikmati kepuasan apabila mengecapi kejayaan melawan arus deras, menentang graviti dan mengatasi perasaan takut.
Pada pendapat saya, menyertai kegiatan sukan lasak bukan sahaja satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi satu wahana untuk menguji jati diri dan semangat seorang individu. Dengan Basikal Lumba (Road Bicycle), Saya pernah berbasikal jarak jauh 3-4 kali seminggu memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta disiplin yang tinggi.

Tiada ulasan:

Search