selamat datang

Jumaat, 23 Disember 2011

kenapa orang bujang suka makan mee segera?

Aku dulu penah hidup bujang.Mee segera dan hidup bujang memang tidak boleh di pisahkan bagai isi dengan kuku.Mee segera lebih popular dari nasi sebabnya bagi aku ia senang dimasak.Cuma 2 minit je.Ada lagi lebih mudah bila megi cup di perkenalkan..Tak perlu nak guna kuali atau periuk untuk masak.Just guna air panas je.Lagi la buat orang bujang makin malas nak masak.


MEE segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan pelajar universiti mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket. Cerita kita hari ini adalah mengenai mee segera dan keburukannya terhadap kesihatan.

Search