selamat datang

Jumaat, 30 September 2011

Benarkah kesesakan jalan raya cetus serang jantung?

KESESAKAN lalu lintas sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi dengan pertambahan bilangan kenderaan di atas jalan raya.
Berhadapan dengan keadaan ini boleh membuatkan tahap tekanan atau stres anda melonjak.

Khamis, 29 September 2011

Jangkit HIV melalui makanan dikunyah

KAJIAN terbaru dari Afrika Selatan mendapati, lebih daripada dua pertiga ibu dan penjaga positif HIV yang memberikan makanan yang mereka kunyah kepada bayi masing-masing, berkemungkinan meletakkan bayi mereka berisiko tinggi mendapat jangkitan virus berbahaya itu.
Walaupun melalui kajian tersebut penyelidik tidak bertanyakan soalan kepada penjaga berkenaan sama ada mereka mempunyai virus HIV atau tidak semasa perbincangan mengenai pemberian makanan kepada bayi diadakan, tetapi setengah daripada mereka ditemu ramah di klinik HIV.
Kebanyakan penjaga yang mengunyah makanan juga didapati mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut tetapi masih lagi memberikan makanan yang dikunyah mereka kepada bayi.
Hal ini secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut kepada bayi yang dijaga sekiranya mulut bayi tersebut luka.
Kajian terkini yang dilakukan oleh Dr. Aditya Gaur, di Hospital Kanak-Kanak St. Jude di Memphis, Amerika Syarikat juga mendapati amalan kunyahan makanan telah menular di kalangan masyarakat setempat.
"Seterusnya kita akan melihat sejauh mana risiko pengamalan pemindahan pathogens ini akan berlaku," katanya kepada Reuters.
Dr. Gaur merupakan salah seorang penyelidik pertama yang mengkaji permasalahan tersebut di Amerika Syarikat. Tetapi secara amnya dia mendapati bukti-bukti yang menunjukkan kes-kes tersebut adalah sedikit.
Dalam pada itu, kajian terbaru yang diketuai oleh Dr. Elke Maritz dari Hospital Kanak-Kanak Tygerberg dan Universiti Stellenbosch di Cape Town, juga tidak dapat membuktikan terdapatnya kaitan antara kunyahan makanan dan jangkitan HIV kepada bayi.
Tetapi penjaga-penjaga perlu mengetahui risiko-risiko yang bakal dihadapi terutama sekali di kawasan yang mempunyai jumlah penyakit HIV dan hepatitis B yang tinggi.
Mereka juga perlu mengetahui cara lain bagaimana bayi boleh mengalami jangkitan tersebut selain melalui makanan yang telah dikunyah.
Dalam kajian tersebut, Maritz dan rakan-rakan yang lain telah menemu bual 154 penjaga bayi terutama ibu-ibu di tempat menunggu HIV, klinik ibu mengandung dan juga rumah kanak-kanak.
Dua pertiga daripada mereka atau 106 orang menyatakan bahawa bayi mereka diberi makanan yang telah dikunyah oleh mereka.
Sebanyak 55 orang daripada mereka pula mengalami penyakit mulut seperti gusi berdarah dan bengkak mulut dan 41 daripada jumlah tersebut dilaporkan memberi makanan yang mengandungi darah kepada bayi mereka.
Begitupun, perkara tersebut merupakan senario biasa yang sering dialami bayi ketika menerima makanan yang telah dikunyah sama ada dari ibu mereka ataupun penjaga mereka.
"Laporan mengenai makanan yang bercampur dengan darah bukan lagi satu perkara yang merunsingkan mereka malah bayi-bayi tersebut turut mengalami penyakit mulut," ujar Maritz lagi.
Para penjaga yang ditemui memberitahu, mereka melakukan perkara tersebut (mengunyah makanan) bertujuan untuk merasa makanan tersebut terlebih dahulu sama ada panas atau tidak sebelum diberikan kepada bayi masing-masing.
Kebanyakan daripada mereka turut memberitahu bahawa mereka dinasihati berbuat demikian oleh ibu masing-masing dan mereka juga tidak mengetahui risiko yang bakal dihadapi.
"Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat sebelum ini, mengunyah makanan merupakan perbuatan biasa yang sering dilakukan oleh penjaga-penjaga dan mereka juga tidak diberitahu semasa ditemu ramah sekali gus tidak mengesyaki sesuatu yang buruk melalui amalan tersebut," kata Maritz.
Tambahnya lagi, sebenarnya mengunyah makanan bukanlah satu perbuatan yang salah atau teruk dan perbuatan ini sering dilakukan oleh keluarga yang tidak berkemampuan untuk memiliki peralatan yang boleh menghancurkan makanan.
Bagaimanapun, menurut Gaur pula, ia amat penting untuk seimbangkan risiko kekurangan makanan dengan potensi yang dapat memindahkan penyakit HIV melalui makanan yang dikunyah.
Tambah Gaur, sebaik sahaja para penyelidik mendapat gambaran sebenar mengenai masalah tersebut dan bagaimana mudahnya virus HIV dapat dipindahkan melalui makanan yang dikunyah, doktor-doktor akan memberi nasihat kepada pesakit mengenai risiko yang bakal dihadapi. Tetapi semua ini memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam.
"Bila anda menyedari akan segala risiko ini, anda akan berkongsi bersama pesakit-pesakit dan dalam masa yang sama anda juga harus menyedarkan masyarakat setempat mengenai segala risiko-risiko ini.
"Kajian ini perlu diterjemahkan ke dalam bentuk kaunseling dan juga amalan seharian," katanya. - Reuters

Minggu Pendidikan Seni Dan Visual

Tarikh  :30 September 2011
Masa    : 8.00 pagi
Tempat  : Tapak perhimpunan SK SImpang Pelangai

Hari ini Panitia Pendidikan seni Visual telah mengadakan pertandingan mereka cipta baju daripada kertas surat khabar  untuk murid-murid tahap 2. Seramai 9 kumpulan telah mencuba nasib dalam pertandingan ini.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam mencipta sesuatu pakaian..

Gaya pakaian Negara Jepun

Rabu, 28 September 2011

sukan lasak memupuk semangat positif

Bahaya, ngeri, kasar, ganas. Konotosi atau persepsi buruk yang dikaitkan dengan sukan lasak atau sukan ekstrem ini kini dianggap lapuk dengan popularitinya yang semangkin meningkat terutama sekali di kalangan generasi muda. Sukan lasak merangkumi kegiatan yang mencabar dan berisiko seperti selam skuba dan papan luncur.

Menurut satu tinjauan kendalian Majlis Sukan Singapura (SSC) pada 2005, sekitar 30,000 warga Singapura menyertai pelbagai jenis sukan lasak yang popular. Pelbagai langkah diorak pemerintah untuk memenuhi masyarakat peminat sukan lasak yang semakin berkembang. Penggiat sepatu roda dan penunggang BMX diberi kemudahan untuk mendalami minat mereka dengan pembangunan Xtreme SkatePark@East Coast yang menyediakan taman lungsur dan luncur yang bertaraf antarabangsa.  Selain itu, pemerintah juga telah menganjur aneka pertandingan tahunan seperti Kejuaraan Xtreme Singapura. Kejayaan sekumpulan pendaki wanita Singapura menakluki gunung Everest dua tahun lalu menyangkal persepsi bahawa sukan lasak milik mutlak lelaki. 

Mengapakah sukan yang bukan bersifat konvensional ini semakin mendapat sambutan hangat dari masyarakat? Tekanan kehidupan mungkin telah mendorong ramai untuk mencari alternatif untuk meleraikan kekusutan emosi atau tekanan. Atau mungkin kerana sukan ekstrem menawarkan keghairahan penuh adrenalin, keseronokan yang berbaur elemen cemas, dan faktor debar dan ngeri. Mungkin juga kerana keinginan untuk menikmati kepuasan apabila mengecapi kejayaan melawan arus deras, menentang graviti dan mengatasi perasaan takut.
Pada pendapat saya, menyertai kegiatan sukan lasak bukan sahaja satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi satu wahana untuk menguji jati diri dan semangat seorang individu. Dengan Basikal Lumba (Road Bicycle), Saya pernah berbasikal jarak jauh 3-4 kali seminggu memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta disiplin yang tinggi.

Selasa, 27 September 2011

Kelebihan bersenam

Email
« on: June 23, 2010, 10:05:20 AM »

Good article from infosihat.gov.my untuk dikongsi bersama:

Empat komponen kecergasan fizikal

1. Ketahanan kardiovaskular:
• Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa
oksigen ke semua sel dalam badan.
• Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan
paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki,
lengan dan bahu.

2. Kecergasan otot melibatkan:
• Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama
15 minit.
• Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30
minit.

3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa
ketidakselesaan.

4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim
otot termasuk tulang dan jisim lemak.

Kebaikan Senaman:
• Meningkatkan kecergasan fizikal anda.
• Merperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan.
• Meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian.
• Mempertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan.
• Mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental.
• Mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung.
• Mempertingkatkan kawalan glukos.
• Melambatkan osteoprosis.
• Berpeluang bergaul dengan orang ramai.

Program Sesi Senaman
• Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan.
2. Sesi Senaman Aerobik.
3. Sesi Menyejukkan Badan.

• Kekerapan - 3 hingga 5 kali seminggu.
• Intensiti - mengikut kemampuan anda
1. Sesi Memanaskan Badan
• Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti
sebenar.
• Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
• Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :-
a. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan
diakhiri dengan regangan.
2. Sesi Senaman Aerobik
• Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
• Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan
anda.
Kenalpasti tahap kemampuan anda
3.Sesi Menyejukkan Badan
• Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.
• Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk:-
a.Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
b.Ulang semula sesi memanaskan badan .

Garis Panduan Untuk Memilih Program Latihan Senaman

1. Lakukan senaman mengikut keupayaan fizikal anda.
2. Lakukan secukupnya untuk mendapat manafaat. Selain daripada itu ia
hendaklah menyeronokkan.
3. Jangan lakukan aktiviti di luar kemampuan dan berlebihan.
4. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan latihan senaman.Sekiranya anda
mengalami masalah kesihatan,sesuaikan senaman dengan tahap aktiviti.
5. Pelbagaikan pergerakan seberapa yang boleh.
6. Pergerakan hendaklah lancar dan bertenaga. Elakkan dari pergerakan terlalu
kasar dan tersentak.
7. Jangan berhenti secara tiba tiba semasa melakukan senaman. Kekalkan
gerakan secara perlahan sebelum lakukan semula senaman.
8. Tetapkan jadual harian senaman anda.

Vitamin dan Garam galian

VITAMIN DAN GARAM GALIAN 
Setiap orang memerlukan makanan yang berzat dan seimbang untuk memelihara kesihatan fizikal dan mentalnya . Protein diperlukan untuk membina tubuh dan ini diperolehi daripada bahn -bahan makanan seperti daging , ikan telur , dan susu . Karbohidrat dan lemak membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti -aktiviti harian . Karbohidrat diperoleh daripada bijirin seperti beras gandum . Lemak pula diperoleh daripada minyak kacang , mentega dan majerin . Selain bahan -bahan ini , ahli sains telah lama mengetahui tentang kumpulan bahan makanan yang dinamakan 'vitamin ' yang diperlukan untuk kesihatan .
Jenis -jenis vitamin yang terdapat iailah vitamin A,B,C,D,E,K, asid folik , asid pentotenik , biotin , kolina dan niasin . Setiap jenis vitamin ini mempunyai fungsi yang tertentu dalam metabolisme tubuh badan manusia . Selain itu , ahli sains juga mengenal pasti garam -garam galian  (mineral salts ) dan unsur unsur surih ( trace elements ) seperti kalsium , magnesium , Fosforus , iodin ,zink,besi , kuprum , mangan , sodium , potasium , dan klorida yang juga diperlukan dalam kuantiti yang tertentu untuk kesihatan tubuh manusia .

Kesan -kesan kekurangan vitamin dan garam galian  

Kekurangan vitamin dan garam galian boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit atau sering berasa tidak sihat . Umpamanya , kekurangan vitamin C boleh menyebabkan gusi kurang baik dan kerap berdarah . Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan rabun malam sementara kekuranagan  vitamin D pula boleh menyebabkan penyakit lembut tulang  ( rickets) . Kekurangan vitamin K pada peringkat awal kelahiran bayi boleh menyebabkan seseorang itu pucat dan tidak bermaya (anaemia ) . Bayi dan kanak -kanak yang sentiasa pucat tidak akan membesar dengan optimum .
 Kanak -kanak sekolah yang pucat sering mengantuk dalam kelas dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya . Kekurangan zink boleh menyebabkan penyakit kulit sementara kekuranagn iodin boleh menyebabkan kelenjar tirod ( thriod gland ) di bahagian leher membesar ( goitr ) . Kekurangan kalsium dan magnesium boleh menyebabkan sawan . Kekurangan mangan pula boleh mengganggu metabolisme sistem tubuh manusia dan mengakibatkan rencat akal . Ringkasnya , bahan -bahan garam galian ini amatlah penting untuk kesihatan manusia walaupun hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja .
Sebaliknya , kajian doktor menunjukkan bahawa kandungan garam galian yang berlebihan dalam tubuh manusia pula boleh mendatangkan mudarat . Umpamanya , kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh adalah membahayakan . Plumbum boleh menganggu fungsi otak manusia . Kanak -kanak yang terlibat boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan . Saya pernah bertemu seorang kanak -kanak berusia dua tahun yang menjadi mangsa pencemaran bahan raksa ( mercury ) dalam rumah yang telah didiaminya selama enam bulan . Sebiji botol yang mengandungi bahan logam itu telah jatuh dan pecah di atas lantai biliknya . Semakin hari , kanak -kanak tersebut menjadi lemah hingga tidak terdaya berjalan . Perkembangan kognitif dan sosialnya juga turut terjejas .
Garam galian memang tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam menjamin kesihatan . Setiap kali menilai seseorang bayi atau kanak -kanak , doktor perlu sentiasa memikirkan kemungkinan kandungan garam galian dan vitamin berkurangan atau berlebihan dalam tubuh si pesakit . 

Perlukah vitamin tambahan diberikan ? 
Kebanyakan kanak -kanak tidak memerlukan vitamin tambahan jika dapat dipastikan bahawa dia mendapat kesemua bahan -bahan zat ini secukupnya . Walau bagaimanpun , ada juga kanak -kanak yang memerlukan vitamin tambahan kerana menghidap penyakit hepar ( liver ) , penyakit buah pinggang dan alahan . Vtamin tambahan juga diperlukan oleh kanak -kanak yang memakan ubat tahan sawan ( anticonvulsants ) . apabila doktor mengesyorkan pengubahsuaian diet bagi kanak -kanak yang mengalami alahan makanan , masalah kekurangan bahan -bahan vitamin atau garam galian tertentu mungkin timbul . Oleh itu , doktor mungkin menyarankan pengambilan vitamin tambahan . Ada sejenis sawan yang disebabkan oleh kekuranagn vitamin B6 (pyridoxine deficiency ) yang boleh diatasi dengan pengambilan vitamin tersebut .


Bolehkah vitamin berlebihan mendatangkan mudarat ? 
Kekurangan vitamin dan garam galian tertentu boleh mengancam kesihatan seseorang individu . Sebaliknya pula , Jika bahan -bahan vitamin diambil berlebih -lebihan , keadaan yang tidak diingini juga boleh berlaku . Vitamin A, D dan E boleh mendatangkan mudarat jika digunakan tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan . Pengambilan vitamin D secara berlebih -lebihan boleh menyebabkan penyakit batu karang . Terlalu banyak mengambil vitamin A boleh menyebabkan sakit kepala .
Ada juga beberapa laporan yang menyebut bahawa pengambilan banyak vitamin boleh membawa manfaat kapada kanak -kanak yang terencat akal , yang mengalami masalah pembelajaran dan kanak -kanak autistik . Bekalan vitamin secara berlebih -lebihan nin dinamakan megavitamin . Umpamanya , ada yang memberi vitamin dengan banyaknya kapada anak -anak yang megalami sindrom down dengan harapan perkembangan fizikal dan mentalnya meningkat .
 Ini masih merupakan satu kontroversi . Penyelidik -penyelidikan tentang penggunaan megavitamin bagi kank -kanak yang mengalami sindrom down menimbulkan pelbagai pendapat yang berlainan . Dalam satu kajian yang dijalankan di united kingdom , megavitamin didapati tidak memberikan manfaat seperti yang diharap -harapkan . Sebaliknya , kesan sampingan seperti kanak -kanak menjadi terlalu aktif , tidak boleh tidur , sakit perut dan muntah -muntah telah dilaporkan . Berlainan pula halnya dengan hasil penyelidikan yang dikemukakan oleh satu kumpulan penyelidikan di Amerika Syarikat . Kumpulan ini mendapati penghidap sindrom down menunjukan perkembangan mentalnya yang menggalakkan apabila dirawat dengan megavitamin . Oleh itu , isu masih merupakan satu kontroversi .


 Bolehkah makanan segera ( fast foods ) mendatangkan mudarat ?  
 Rangkaian -rangkaian kedai yang mengusahakan perniagaan makanan segera atau fast foods telah tumbuh ibarat cendawan di merata -rata tempat di negara kita . Ramai kanak -kanak yang menggemari makanan ini.  Kajian -kajian yang dijalankan ke atas makanan -makanan seperti burger , umpamanya , menunjukkan kandungan garam yang berlebihan serta kekurangan vitamin A dan kalsium .
Penjual burger menghidangkan salad dan sayur -sayuran lain serta milk shake untuk deit yang lebih seimbang . Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa kanak -kanak yang sering sangat makan makanan segera akan mempamerkan tanda -tanda kekurangan zat -zat vitamin dan garam galian . Kanak -kanak yang terdedah kepada risiko ini terdiri daripada mereka yang sering tidak makan di rumah dan kerap dibekalkan dengan wang oleh ibu bapa untuk membeli makanan di kedai kedai tetapi kurang pengetahuan tentang konsep makanan seimbang .
Ibu bapa perlulah mengasuh anak -anak dari kecil lagi untuk memahami konsep makanan seimbang serta kelas -kelas makanan yang mengandungi vitamin -vitamin dan garam galian tertentu supaya mereka dapat memilih makanan dengan bijak . Ibu bapa sendiri perlulah menunjukkcontoh yang baik kerana anak -anak mudah terpengaruh dan mudah terikut -ikut dengan tabii makanan yang ditunjukkan oleh mereka sendiri .


Kesimpulan  
Berhati -hati jika memberi anak megavitamin kerana ia boleh mendatangkan mudarat jika diambil tanpa mendapatkan nasihat doktor . Pelbagaikanlah diet anak anda sambil memastikan kandungan protein , karbohidrat , lemak , vitamin dan garam galian mencukupi dan tidak berlebihan . Dengan ini , diet anak anda akan lebih seimbang dan kesihatannya terjamin

wajib baca



1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!

Isnin, 26 September 2011

Air terjun buatan manusia

Aktiviti

Jenis-jenis hadis

1. Hadis Mutawatir
Mutawatir (b. Arab: متواتر, mutawātir) ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang"[1]. Istilah ini digunakan dalam pengajian Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith. Hadis Mutawatir ialah nas hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan jumlah yang besar melakukan dusta.

Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya, "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).

Menurut para ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. Keseluruhan daripada ayat-ayat al-Quran adalah mutawatir, manakala terdapat sebahagian hadis sahaja yang mutawatir. Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat mutawatir dikenali sebagai Hadis Ahad.

Kelebihan ICT

Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007). Sebahagian tenaga pengajar juga turut menggunakan software yang lebih advance misalnya penggunaan Macromedia Flash. Software ini agak sukar dikendalikan tetapi boleh menghasilkan slide animasi yang sangat menarik.
Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan. Untuk tujuan ini guru sejarah haruslah memahami keperluan asas pembelajaran sejarah. Guru juga haruslah memahami asas ilmu sejarah dan memahami keperluan sumber sejarah. Guru harus mampu membantu pelajar berhadapan dengan bahan bukti, sebab dan akibat perubahan dalam sejarah. Misalnya sesetengah istilah seperti ’demokrasi’, ’bantuan’ , dan ’bangsa’, ditetapkan oleh faktor sejarah dan berbeza pengunaannya mengikut tempat

Search