selamat datang

Ahad, 30 Oktober 2011

Sakit kepala....Apa yang perlu anda buat?

Anda sakit kepala? Sakit kepala memang tidak selesa.Rasa masam dunia ni berputar-putar je.Paling ketara bila masa nak sujud semasa sembahyang.. Entah dari manalah datangnya tetapi jika korang meneliti tabiat yang korang selalu buat, korang boleh mencari dalangnya.atau sebabnya.
  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein. Ini di tujukan kepada semua pelajar PJJ UPSI yang last minute nak buat tugasan.

  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.Kadang2 aku respek jgk dgn budak sekolah sekarang ni boleh mengadap sampai 4 jam depan komputer leka dok layan FB

  • Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

  • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.Kalau lambat makan pun boleh menyebabkan sakit kepala

  • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.

  • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

Disini Abang hau ingin berkongsi cara mengurangkan sakit kepala yang abang hau amalkan sejak turun temurun

Search